Sejarah awal Astana

Astana asalnya sebahagian daripada Siberia yang telah membina sebuah kubu besar dan dinamakan Akmolinsk. Kemudian menjadi stesen kereta api persimpangan utama dan semakin maju sehinggalah Perang Saudara Rusia.

Astana terletak di zon steppe. 11 buah kem tentera dibina di sini dengan beratus ribu banduan dipenjarakan. Ia dikenali sebagai Kem Akzhir iaitu akronim 'Kem Akmolinskii untuk Isteri Pejuang Tanah Air' pada zaman Joseph Stalin.

Pada 1961 ditukar kepada "Tselinograd" dan menjadi ibu negeri wilayah Soviet Virgin (Tselinny Krai). Bandar ini menjadi pusat perjuangan 'Kempen Tanah Virgin' oleh Nikita Khrushchev pada 1950.